Contoh yang kami bawakan pada kali ini merupakan sebuah trak pikap Isuzu D-Max dari negara jiran Thailand dengan modifikasi yang agak ekstrem dan mampu membuka mulut anda tanpa disedari.
Konfigurasi turbo tunggal, turbo berkembar, tri-turbo dan catur-turbo mungkin sekali sudah biasa kita dengari dalam dunia automotif, namun panca-turbo?
Sayang sekali, tidak banyak informasi yang boleh dikorek daripada video CB Media memandangkan terdapat halangan bahasa antara pihaknya dan juga pihak pemilik Isuzu D-Max itu.
Secara ringkas, ia masih mengekalkan nadi diesel 3.0 liter empat silinder sebaris dengan modifikasi lima unit turbo, sistem brek yang telah dinaiktaraf, tangki nitrous oksida di bed belakang, serta set rim Volk Racing.
Namun, angka output sebenar masih tidak diketahui.
Gambar yang diperoleh merupakan projek asal beberapa bulan yang lalu dengan imej Isuzu D-Max generasi kedua, namun imej baharu ini menampilkan muka hadapan Isuzu D-Max generasi baharu, boleh dilihat menerusi penggunaan lampu utama dengan DRL berbentuk U.
Sumber gambar: Lovely Motor