Sharp fail saman terhadap Tesla di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat teknologi terkemuka dari Jepun, Sharp telah memfailkan tuntutan pelanggaran paten terhadap unit Tesla yang dijual di pasaran Jepun, menurut satu laporan daripada Reuters.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tuntutan yang difailkan di Mahkamah Daerah Tokyo itu menyebut alat komunikasi yang dipasang pada sesetengah model Tesla Model 3, Model S dan Model X di Jepun didapati melanggar paten yang dimiliki oleh Sharp.

Sharp juga turut menuntut supaya Tesla menghentikan sementara kemasukan model-model yang disebutkan sebagai sebahagian daripada tuntutan mahkamah yang difailkan.

Sementara itu, kedua-dua wakil Sharp dan Tesla enggan memberikan sebarang penjelasan lanjut berkenaan isu yang berbangkit.

Sebelum ini Sharp juga turut memfailkan tuntutan mahkamah terhadap pengeluar televisyen Vizio yang didapati melanggar 12 hak paten milik Sharp, serta pengeluar peranti pintar Oppo atas pelanggaran paten LTE.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun angka itu mendahului pasaran, ia diberitakan masih lebih rendah dari apa yang dijangkakan…
Berita Domestik
Beliau berkata, secara tiba-tiba sebuah kenderaan jenis Tesla telah menukar haluan dari lorong…
Berita Global
Kini, pembuat kereta elektrik itu telah memanggil semula beberapa kakitangan yang diberhentikan…