Lorong terlibat: 5 Lorong Paling Kanan (Laluan Ekspress ke Putrajaya, Shah Alam & Puchong - Lorong Kuning) di arah Selatan, Plaza Tol Petaling Jaya, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
Masa : Bermula 03.00 petang, 27 Mac 2020 sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.
Pengguna terlibat: Pengguna arah Petaling Jaya / Bandar Sunway menghala ke susur Lebuhraya Shah Alam (KESAS) / Lebuhraya Bukit Jalil / Puchong / Shah Alam / Putrajaya.
Laluan alternatif: Para pengguna masih boleh menggunakan lorong-lorong sediada di sebelah kiri Plaza Tol Petaling Jaya untuk membuat bayaran tol menuju ke destinasi masing-masing.
Sila hubungi Talian Bantuan (Helpline) LDP di talian 03 7494 7333 untuk sebarang maklumat lanjut atau ikuti perkembangan kami di media sosial FB : Litrak Group dan Twitter @LDPtrafik.