Konsep Volkswagen eShowroom ini membawakan pengalaman pembelian secara terus menerusi hujung jari, dan menawarkan pelbagai tawaran hebat khusus buat para pembeli kereta baharu Volkswagen.
Berikut merupakan promosi yang ditawarkan oleh Volkswagen sepanjang bulan April ini:
Model |
Penjimatan Standard |
Penjimatan Dalam Talian |
Jumlah Penjimatan |
Tawaran Eksklusif Dalam Talian |
Polo |
RM3,000 |
RM1,500 |
RM4,500 |
|
Vento Comfortline |
RM6,000 |
RM1,500 |
RM7,500 |
|
Vento Highline |
RM3,000 |
RM1,500 |
RM4,500 |
|
Beetle |
RM5,000 |
RM3,000 |
RM8,000 |
|
Golf R-Line |
|
RM3,500 |
RM3,500 |
|
Golf GTI & R |
RM2,000 |
RM6,000 |
RM8,000 |
|
Tiguan |
RM2,000 |
RM4,000 |
RM6,000 |
Insurans percuma satu tahun bernilai RM4,500 dan baucer petrol 1 tahun bernilai RM2,500 |
Passat Elegance |
RM2,000 |
RM4,000 |
RM6,000 |
Insurans percuma satu tahun bernilai RM5,500 |
Untuk menikmati pengalaman penuh, para pelanggan dikehendaki melayari laman web https://www.volkswagen.com.my/shopping-tools/online-sales dan ikuti langkah mudah berikut:
1. Cari dan pilih model kenderaan yang dikehendaki
2. Isi borang tempahan yang disediakan dalam talian
3. Pilih pusat pengedar Volkswagen berdekatan dan hantar permohonan
4. Tunggu sehingga wakil Volkswagen Customer Care menghubungi anda
Selain daripada Volkswagen eShowroom, anda juga boleh menggunakan alternatif dengan melayari Volkswagen Flagship Store di aplikasi Lazada dan ikuti langkah berikut:
1. Cari promosi terkini dan klik "Buy Now".
2. Bayar yuran tempahan 1% untuk meneruskan pembelian.
3. Tunggu emel pengesahan tempahan daripada Lazada.
4. Wakil Volkswagen Customer Care akan menghubungi anda untuk tujuan pengesahan dan pemilihan pusat pengedar.
Setelah selesai proses di atas, para pelanggan akan dihubungi oleh pusat pengedar yang dipilih untuk meneruskan proses pembelian, manakala pendaftaran dan penghantaran kenderaan hanya akan dibuat selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.