Goh Brothers juga menguruskan operasi dewan pameran Harley-Davidson di Petaling Jaya dan di Pulau Pinang, di bawah lantikan Didi Resources Sdn Bhd, iaitu pengedar tunggal jenama motosikal US tersebut untuk Malaysia.
Dewan pameran di Johor Bahru itu adalah sebesar 12,000 kaki persegi dan mempunyai kapasiti untuk mempamerkan kesemua barisan model Harley-Davidson yang dijual di Malaysia.
Juga bakal ditawarkan ialah aksesori, barangan merchandise rasmi dan alat ganti tulen Harley-Davidson.
Perkhidmatan servis juga turut disediakan dengan jaminan kualiti teknikal yang terbaik.
Menurut Pengerusi Goh Brothers Capital, Goh Kian Sin, syarikat percaya dengan jenama Harley-Davidson dan kerana itu ia mahu membuat pelaburan di Johor Bahru.
Pasaran motosikal besar di Johor Bahru adalah yang ketiga terbesar di Malaysia selepas Lembah Klang dan Pulau Pinang.
Untuk mereka yang berminat bekerja bersama Harley-Davidson, di bawah ialah senarai pekerjaan yang ditawarkan.
- Perunding Jualan
- Perunding Servis
- Juruteknik Kanan
- Perunding Butik
- Perunding Alatganti dan Aksesori
- Eksekutif Alatganti dan Gudang
- Eksekutif Pengurusan dan Operasi
- Eksekutif Kewangan
Permohonan boleh dihantar kepada [email protected]