Norton bermula dalam tahun 1898 ni Birmingham oleh pengasasnya, James Lansdowne Norton. CEO Norton sekarang, Stuart Gardner sedang disiasat atas tuduhan penipuan skim pencen.
TVS yang berpengkalan di selatan India memang mempunyai hubungan perniagaan dengan BMW, di mana TVS memasang model-model G310 untuk BMW.
Namun begitu, hhubungan TVS dengan BMW hanyalah sebagai kontraktor pemasangan dan tidak ada sebarang pertukaran ekuiti syarikat.
Norton kini mempunyai platform jentera 650 cc yang baharu dan ini mungkin akan membantu TVS untuk "menyerang" Royal Enfield dengan jentera 648 cc parallel-twin itu.
Norton juga ada memberikan kebenaran kepada Zongshen China untuk menggunakan enjin kembar selari itu juga.
Pengarah Urusan Bersepadu TVS, Sudarshan Venu berkata ia adalah saat yang membanggakan untuk TVS dan ia akan menyokong usaha Norton untuk terus gemilang di dalam industri motosikal global.
Antara produk Norton terkini yang menarik perhhatian ialah Norton V4 RR dengan enjin 1,200cc V4, Dominator dan Commando dengan enjin 9611 cc kembar selari dan Atlas dengan enjin 650cc kembar selari.
TVS pula sudah ada di Malaysia di bawah Daju Motors dan antara produk mereka di sini ialah TVS Apache 200 V4 yang dijual dengan harga RM11,000.