Sebagai langkah berjaga-jaga, para pelanggan juga masih mempunyai pilihan untuk melakukan pandu uji di rumah.
Anda hanya menghubungi bilik pameran terdekat untuk membuat janji temu dan perunding jualan akan menghantar sendiri kereta pandu uji ke rumah. Setiap kenderaan akan dibasmi kuman sebelum dan selepas pandu uji.
Sebagai langkah berjaga-jaga, setiap titik sentuh (contact point) di bilik pameran seperti komputer, alat tulis, kaunter dan meja akan menjalan proses pembersihan dan dibasmi kuman setiap hari.
Kakitangan yang bertugas juga akan memakai topeng muka semasa bekerja.
Pelanggan yang hadir sendiri untuk perkhidmatan servis kenderaan, anda perlu mendaftar butiran peribadi bagi memudahkan pengesanan kontak.
Suhu badan para pelanggan juga akan diambil dan sekiranya suhu badan melebihi 37.5°C dan ke atas, anda tidak akan dibenarkan masuk ke bilik pameran dan pusat servis.
Bagi memastikan jarak selamat (social distancing), pihak Subaru akan mengehadkan bilangan pelanggan yang dibenarkan ke bilik pameran pada satu-satu masa.
Penanda penjarakan sosial juga diletakkan pada jarak setiap 1 meter.
Ruang menunggu juga akan ditutup dan para pelanggan dinasihatkan untuk menghantar dan kembali untuk mengambilnya setelah servis selesai. Pembayaran tanpa tunai juga turut digalakkan.