Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis Negeri, DCP Datuk Dev Kumar, mereka ditahan di satu sekatan jalanraya (SJR) di KM1 Jalan Tun Openg di Simunjan jam 2pm semalam (Selasa).
Beliau berkata salah seorang dari mereka ialah polis dari ibupejabat daerah polis Kota Samarahan.
"Mereka mengaku keluar menunggang atas alasan rekreasi kerana sudah lama tidak menunggang," sambung Dev.
Kesemua dikenakan kompaun di bawah Akta Pencegahan Dan Kawalan Penyakit Berjangkit dan disuruh kembali ke Kota Samarahan melalui jambatan Batang Sadong.
Sarawak masih tidak membenarkan pergerakan merentas sempadan daerah semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.