"Mereka ditahan kerana didapati menunggang motosikal dengan pelbagai aksi yang boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain.
"Siasatan dibuat mengikut Sekksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan, semalam.
Sementara itu, Noorzainy berkata, pihak polis mengeluarkan 47 saman terhadap pemandu kenderaan kerana melakukan pelbagai kesalahan.
"Dalam operasi ini, polis turut membuat ujian saringan alkohol ke atas lima pemandu yang disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol tetapi kesemuanya mempunyai tahap alkohol yang rendah," katanya.