Kejadian ini menyebabkan beberapa unit kenderaan tersangkut di atas jalan yang ditenggelami air termasuklah sebuah Ferrari FF berwarna merah, sebuah BMW 7-Series dan Mercedes-Benz C-Class.
Menurut laporan daripada BBC, pihak London Fire Brigade terpaksa mengerahkan empat jentera bomba dan 25 anggota ke tempat kejadian.
Dalam kejadian tersebut, lapan orang pemandu yang tersekat berjaya diselamatkan dan operasi tersebut mengambil masa kira-kira dua jam.
Insiden ini turut mendatangkan kemarahan kepada para pengguna jalan raya yang tidak terjejas, disebabkan terdapat segelintir pengguna yang sengaja memperlahankan kenderaan untuk mengambil gambar dan video Ferrari yang tersangkut dalam banjir itu.
#Brent #A406
— London 999 Feed (@999London) July 6, 2020
Current scenes of the North Circular. pic.twitter.com/nY0Tvf8Xi0
#A406 #BrentCross #Flood pic.twitter.com/gMpHp4OwJE
— Shushanna (@susanshushanna) July 6, 2020