Ini kerana menurut satu laporan daripada laman berita Jepun Spyder7, mereka berjaya mendapatkan informasi daripada sumber yang dipercayai menyebut nama CX-50 sebagai pengganti model CX-5.
Selain daripada nama baharu, Mazda CX-50 dikatakan bakal menggunakan platform pacuan roda belakang yang turut sama digunakan pada Mazda6 generasi baharu.
Ini membolehkan Mazda CX-50 menggunakan beberapa trenkuasa enjin empat dan enam silinder sebaris Mazda, termasuklah trenkuasa hibrid.
Laman Spyder7 turut mencadangkan model asas CX-50 menggunakan nadi Skyactiv-G empat silinder sebaris 2.5 liter dengan sistem mild-hybrid 48 voltan (184 kuasa kuda), serta versi 2.5 turbo (223 hp) dan enjin diesel Skyactiv-D 2.2 liter.
Sementara barisan enjin enam silinder sebaris pula bakal menjadi opsyen premium, terdiri daripada enjin 3.0 liter Skyactiv-X dan sistem mild-hybrid 48 voltan, serta kemungkinan enjin diesel 3.3 liter.
Berbanding Mazda CX-5, Mazda CX-50 dikatakan bakal memiliki rekaan yang lebih kemas, dengan struktur tiang A dan C yang menampakkan seakan sebuah coupe seperti yang diperlihatkan pada Mazda CX-30.
Sumber: Spyder7