Jualan Mercedes-Benz meningkat di China - Daimler sasar untung lebih tinggi

oleh HEZERI SAMSURI|
Daimler, pemilik jenama mewah Mercedes-Benz meningkatkan sasaran keuntungan untuk tahun 2020 selepas jumlah jualan produk mereka di China meningkat.

Jualan Mercedes-Benz China naik sehingga 24 peratus, satu rekod peningkatan walaupun dalam keadaan pandemik sekarang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Awal minggu lalu, Ketua Eksekutif Daimler berkata keluarga-keluarga kaya dari China mula membeli produk premium di dalam negeri kerana mereka tidak dapat bercuti ke luar negara.

Daimler percaya kadar keuntungan syarikat itu untuk tahun ini akan sama dengan yang diterima tahun lalu, iaitu 10.3 billion Euro, walaupun tahun ini produk-produk yang kurang menguntungkan seperti Plug-In Hybrid dan EV semakin banyak. 

Untuk memastikan kadar keuntungan kekal kompetitif, Daimler menurunkan kos mereka dan melakukan tawaran Pemberhentian Secara Sukarela untuk 2,000 kakitangannya.

Nampaknya bila pengguna-pengguna dari negara lain sibuk membeli produk China, penduduk China pula sibuk membeli jenama-jenama mewah dari Eropah.

* Berita penuh di Reuters.

 

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Harga rasmi bagi model C350e ini adalah bermula dari RM338,888 (OTR tidak termasuk insurans) dan…
Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…