Bentley akan jadi jenama EV sepenuhnya menjelang 2030

oleh Mohamad Hanif|
Melihatkan kepada perubahan trend semasa, jenama automotif mewah Bentley kini beransur-ansur mahu mengurangkan penawaran model kenderaan berenjin pembakaran dalaman.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Menerusi pelan terbaharu, Bentley akan hanya menawarkan kenderaan plug-in hybrid dan kereta elektrik secara eksklusif menjelang 2026, dan kenderaan elektrik sahaja menjelang 2030.

Ia merupakan satu langkah yang cukup berani memandangkan Bentley sebelum ini merupakan pengeluar terbesar enjin petrol 12 silinder di dunia dan fakta ini nampaknya akan berubah dalam masa kurang dari satu dekad.

 


Dalam masa terdekat, Bentley akan memperkenalkan dua buah model PHEV, berkemungkinan besar Flying Spur dan SUV Bentayga, namun tiada informasi rasmi didedahkan buat masa ini.

Selain daripada itu, Bentley juga akan melabur bagi pembinaan dua buah bangunan R&D serba baharu serta berazam untuk menggunakan bahan-bahan yang lebih mesra alam untuk pembinaan kenderaan sedia ada dan model akan datang.

 


Konsep ini telah pun diperlihatkan sebelum ini menerusi model EXP 100 GT di mana ia membawakan penggunaan bahan seperti kayu dengan inlay tembaga, bulu, aluminium dan kulit yang diperoleh daripada sisa pembuatan minuman wine.

Baca: Bentley EXP 100 GT

Berita Berkenaan

Berita Global
  Rangkaian kuasa itu juga akan menjadi paling dinamik, responsif dan sistem paling cekap dalam…
Berita Global
  Apex Edition diasaskan dari Bentayga S dengan enjin 4.0 liter V8 turbo berkembar. Pecutan dari…
Berita Global
  Pelanggan ditawarkan tujuh warna riasan seperti Mandarin, Signal Yellow, Klein Blue, Pillar Box…