Menurut dokumen yang diterbitkan oleh National Highway Safety Traffic Administration (NHTSA), pengaturcaraan ECU yang salah mampu menyebabkan insiden gear tidak masuk, mengakibatkan kesukaran menukar gear dan dalam kes yang teruk, transmisi mampu terkunci dan penunggang hilang kawalan.
Beberapa kes telah pun dilaporkan sejak Mei 2018 di mana kebanyakan penunggang gagal untuk menukar daripada gear 4 ke gear 5, mujur tiada sebarang kemalangan berlaku akibat permasalahan ini.
Sebanyak 799 unit Kawasaki H2 terlibat di dalam kempen panggil semula ini merangkumi model-model berikut:
- 2018 Kawasaki Ninja H2 SX
- 2018 Kawasaki Ninja H2 SX SE
- 2019-2020 Kawasaki Ninja H2 SX SE+
Walaupun Kawasaki Z H2 berkongsi transmisi yang sama dengan Ninja H2, Kawasaki mengesahkan yang model tersebut tidak terjejas akibat masalah yang sama.