Tempahan untuk kedua-dua sedan dan coupe dua pintu M itu boleh dibuat menerusi BMW Shop Online bermula sekarang sehingga 31 Disember 2020 dengan yuran tempahan serendah RM5,000.
Generasi baharu BMW M3 dan M4 membawakan rekaan luaran yang serba agresif, terima kasih kepada gril buah pinggang menegak yang lebih besar, diikuti dengan lampu utama yang lebih tajam, serta rekaan bampar dengan bukaan liang udara yang lebih besar.
Disebalik rupa paras yang agresif itu, kedua-dua BMW M3 dan M4 Competition generasi baharu ini didatangkan dengan nadi enjin enam silinder sebaris 3.0 liter dibantu dengan unit pengecas turbo berkembar yang menghasilkan 503 kuasa kuda dan 650 Nm.