Bertepatan dengan nama varian tersebut, motosikal moped ini hadir dengan ciri brek cakera dengan angkup piston berkembar untuk roda hadapan, dan masih mengekalkan ciri brek dram di bahagian belakang.
Selain daripada itu, Kriss 110 Disc Brake 2020 ini juga menerima ciri yang lebih sporti seperti rim sport dengan tayar tanpa tiub, dan pelindung enjin dan ekzos dalam warna titanium grey.
Lampu hadapan adalah jenis multi-reflektor yang mampu meningkatkan kadar pencahayaan ketika tunggangan pada waktu malam.
Antara kemudahan yang didatangkan termasuklah indikasi bahan api dan gear digital, soket pengecasan USB, ruang simpanan bawah pelana sebesar 6.6 liter, dan ciri lampu kecemasan yang sangat berguna ketika dalam situasi yang tidak diduga.
Kriss 110 dikuasakan oleh enjin empat lejang silinder tunggal SOHC sejukan udara yang mampu menghasilkan kuasa 6.6 hp dan daya kilas 6.7 Nm serta memenuhi piawaian pelepasan emisi Euro 3 dan penarafan kenderaan cekap tenaga (EEV).