Sebanyak 19 model kenderaan komersil ringan (LCV) yang diuji di bawah kriteria baharu untuk genre tersebut, di mana ia memberikan fokus terhadap teknologi mengelakan kemalangan dari berlaku dan sistem bantuan pemandu seperti AEB.
Ujian-ujian juga dilakukan dengan kenderaan lain, pejalan kaki, pengguna basikal, kawalan laluan dan lain-lain. Dari 19 yang diuji, cuma 14 yang layak untuk menerima anugerah.
Di bawah ialah senarainya:
Anugerah Emas
- Ford Transit
- Mercedes-Benz Vito
- Volkswagen Transporter
Anugerah Perak
- Ford Transit Custom
- Mercedes-Benz Sprinter
- Opel/Vauxhall Vivaro
- Peugeot Expert
- Volkswagen Crafter
Anugerah Gangsa
- Citroen Jumper/Jumpy
- Fiat Ducato
- Iveco Daily
- Peugeot Boxer
- Toyota ProAce
Tidak layak menerima anugerah
- Fiat Talento
- Opel/Vauxhall Movano
- Nissan NV400
- Renault Master/Trafic
Mereka yang tidak layak menerima anugerah itu ialah kerana ia tidak dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan tersebut.
Untuk Malaysia, jangan terkejut kerana ada kategori kenderaan komersil yang tidak perlu melalui sebarang ujian keselamatan.
Pihak Asean NCAP juga pernah melakukan beberapa ujian perlanggaran untuk komersil ringan popular dan ada antaranya mendapat anugerah sifar bintang.
Anda boleh melihat sendiri ujian-ujian perlanggaran oleh Asean NCAP di YouTube rasmi Asean NCAP.
Mungkin sudah tiba masanya pihak kementerian pengangkutan mengenakan undang-undang yang lebih ketat untuk genre komersil kerana kemalangan mereka boleh membabitkan kecederaan pengguna lain.
Lihat sendiri videp-video ujian van komersil oleh Euro NCAP di pautan di bawah.
https://youtube.com/playlist?list=PLmuoo4kGcGD4yya_hNIbTI4CdLRgxJWN-