Ia ditambah dengan laporan daripada Reuters yang menyebut kilang enjin diesel terbesar di dunia di Tremery, Perancis kini mula menghasilkan motor elektrik dengan sasaran produksi sebanyak 180,000 unit untuk tempoh setahun.
Angka tersebut dijangka meningkat kepada 900,000 unit menjelang tahun 2025.
Tidak seperti enjin diesel yang terdiri daripada pelbagai jenis komponen, motor elektrik mempunyai binaan yang lebih ringkas, dan tidak memerlukan bilangan pekerja yang ramai.
Menurut kesatuan pekerja CFTC, masalah ini mungkin dapat diatasi dengan tidak mengambil pekerja baharu memandangkan sebilangan besar yang sudah berusia bakal bersara dalam masa terdekat.
Ini merupakan satu contoh terbaik yang diamalkan oleh Stellantis di mana mereka tidak merancang untuk menutup kilang sekaligus mengekalkan tenaga pekerja sedia ada.
Namun begitu, daripada angka besar 400,000 pekerja yang membentuk industri automotif Perancis, terdapat pihak yang mengganggarkan kira-kira 15,000 tenaga pekerja yang berkaitan dengan enjin diesel bakal kehilangan sumber pencarian.
Malah peralihan kepada kenderaan elektrik pada masa akan datang bakal menjejaskan kira-kira 100,000 pekerjaan, atau satu per lapan dalam industri automotif di Jerman menurut anggaran yang dibuat oleh institut penyelidikan tenaga buruh IAB.
Sumber: Reuters