Menurut jurucakap Nissan, "Kami tidak melakukan sebarang rundingan dengan Apple, akan tetapi Nissan sentiasa terbuka untuk meneroka kolaborasi dan kerjasama bagi memacu transformasi industri.
Sementara itu, wakil daripada Apple masih lagi tidak memberikan sebarang penjelasan berhubung isu terbaharu ini.
Sebelum ini, syarikat gergasi teknologi itu diberitakan melakukan perbincangan dengan syarikat automotif Korea, Hyundai dan Kia bagi membangunkan projek kereta elektrik swapandu.
Namun, kedua-dua syarikat tersebut mengesahkan mereka tidak lagi dalam perbincangan bersama Apple.
Masalahnya, siapa yang Apple jumpa selama ini?
Sumber: CNA