Namun, di dalam filem prekuel Transformers Bumblebee yang ditayangkan pada tahun 2018, watak robot Optimus Prime mempunyai rekaan yang lebih menyerupai penampilan asal di dalam Generation 1 (G1), serta watak kenderaan yang menggunakan model cab-over Freightliner 1987.
Trak yang muncul sekejap di dalam filem prekuel Bumblebee itu kini sedang mencari pemilik baharu berdasarkan iklan yang dijumpai dalam Facebook Marketplace.
Berdasarkan keterangan yang dinyatakan oleh pemilik, trak Freightliner itu dikatakan sudah tersadai hampir setahun, dan sedia untuk dilepaskan dengan harga yang agak berpatutan - $21,600 atau RM87,998 berdasarkan pertukaran matawang semasa.
Dari segi spesifikasi, trak tersebut mempunyai enjin Cummins Big Cam 3 yang mampu menghasilkan 350 kuasa kuda, transmisi sembilan kelajuan, visor daripada RLK, bampar American Eagle serta lengkap dengan trailer kargo di bahagian belakang.
Walaupun terdapat beberapa kerosakan dan kecacatan dari segi kosmetik, pemilik mendakwa trak prop filem ini mampu dipandu dan beroperasi dengan baik tanpa masalah.
Sumber: Facebook Marketplace