"Tiga lagi adalah pemilik premis, iaitu dua kedai gunting rambut dan satu kedai makan.
"Pemilik kedai makan, iaitu seorang lelaki berusia 53 tahun, dikompaun selepas gagal menyelia dan mengawal pergerakan keluar masuk pelanggan, sementara dua pemilik kedai gunting, iaitu seorang wanita berusia 67 tahun dan lelaki, 32 tahun, didapati tidak menggunakan sarung tangan dan apron pakai buang," katanya.
Pada 11 Mac lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, nilai kompaun bagi pelanggaran SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM10,000 yang dikuatkuasakan menerusi pewartaan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.