Model i4 sebenarnya mirip kepada model BMW 4-Series Gran Coupe yang terlancar tahun lalu lagi. Platform pula dikongsi dengan 3-Series dan 4-Series sekarang. Namun begitu i4 hanya akan hadir dengan tren kuasa elektrik sahaja.
Bagi varian i4 paling tinggi, kuasa maksimum ialah 523 hp, dihantar keempat-empat roda (AWD) dan jarak perjalanan untuk sekali caj ialah melebihi 600 km.
Pecutan 0-100 kmsj pula ialah dalam 4.0 saat dan halaju maksimum ialah 200 kmsj (dibataskan).
Bateri yang digunakan ialah sebesar 80 kWh, dan kemungkinan besar akan ada varian RWD dengan bateri lebih kecil diperkenalkan bagi model i4 ini.
Seperti model-model EV BMW yang lain, Careta pasti i4 ini akan diperkenalkan di Malaysia dan dengan insentif CKD yang menarik, mungkin Kulim akan melihat kepada satu lagi projek CKD untuk kenderaan EV bagi pasaran tempatan selepas Porsche Taycan.