Dengan beberapa arahan mudah seperti "move forward", "roll out", "move left/right", "volume up/down" dan banyak lagi, Optimus Prime ini mampu bertukar menjadi sebuah lori, atau sebuah robot, serta melakukan beberapa pergerakan mudah.
Robosen juga turut menawarkan fungsi pengaturcaraan yang tersendiri bagi membolehkan kesemua 27 sambungan yang terdapat pada robot Optimus Prime ini digunakan sepenuhnya, dan ia boleh diakses menerusi seksyen Missions yang terdapat di dalam aplikasi yang dibekalkan.
Menurut Robosen, mereka menghabiskan masa selama 11 tahun untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan.
Optimus Prime Robosen Robotics ini boleh didapati pada pautan INI pada harga bermula dari $699 (RM2,890).