Bagi SOP takbir raya, ia adalah dibenarkan bagi kawasan dibawah PKP, PKPP, dan PKPB namun ia adalah bergantung kepada ketetapan yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa agama negeri.
Namun begitu, amalan takbir raya dari rumah ke rumah ketika Aidilfitri tidak dibenarkan di seluruh negara.
Jamuan selepas solat hari raya di masjid dan surau juga adalah tidak dibenarkan di kawasan PKP dan PKPD, malah penganjuran rumah terbuka Aidilfitri adalah tidak dibenarkan di seluruh negara tahun ini.
Aktiviti ziarah Hari Raya Aidilfitri bagi kawasan PKP adalah dibenarkan, namun ia terhad pada 1 Syawal dengan jumlah tetamu tidak melebihi 15 orang pada satu-satu masa.
Aktiviti ziarah di kawasan PKPB dan PKPP pula adalah dibenarkan sehingga 3 Syawal, sementara ziarah di kawasan PKPD adalah tidak dibenarkan.
Sumber: Bernama