Niat bergambar raya di taman rekreasi terhalang

oleh HEZERI SAMSURI|
Beberapa keluarga yang datang ke Taman Tasik Titiwangsa untuk bergambar di pagi Hari Raya dihalang oleh pegawai-pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pagi tadi.

Menurut akhbar Sinar Harian, tinjauan dua jam mereka di sana mendapati ramai yang menjadikan tempat itu sebagai tempat tumpuan untuk datang bergambar walaupun pihak MKN telah mengumumkan hanya aktiviti bersukan secara berseorangan dibenarkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ramai yang akhirnya bergambar di luar pagar tasik tersebut dan ada juga yang mengambil peluang untuk menyewa basikal dengan memakai baju raya.

Sementara itu, Dataran Merdeka juga menjadi tumpuan ramai dengan tujuan yang sama, tetapi dihalang oeh anggota-anggota polis yang bertugas.

Keadaan lalulintas di sekitar Lembah Klang dilaporkan dalam keadaan yang tenang dan tidak sesak, kecuali di kawasan-kawasan berlangsungnya sekatan jalan raya.

Gelombang ketiga yang dialami oleh negara menyaksikan kes Covid-19 meningkat melebihi 4,000 kes sehari. Semalam, 39 kematian dilaporkan dalam sehari, menjadikan ia rekod kematian harian tertinggi negara.

Ramai yang mengeluh dan menyatakan rasa hampa mereka kerana pandemik yang masih belum berakhir selepas setahun.

Pihak kerajaan kini cuba untuk mengawal dan menurunkan kadar kes Covid-19 disamping mengimbangi keperluan penjanaan ekonomi.


* Laporan penuh di Sinar Harian

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lee adalah sebahagian daripada sekumpulan penduduk di Kampung Baru Pelawan dekat Langkap, Perak,…
Berita Domestik
Touch ’n Go telah menyumbang RM30,000 dalam bentuk baucar beli-belah kepada 80 individu memerlukan…
Berita Domestik
Sembilan kesalahan trafik akan diberikan fokus khusus, termasuk memandu melebihi had laju,…