“Kumpulan mencatatkan kerugian disebabkan oleh perbelanjaan operasi lain-lain berjumlah RM5.21 bilion pada tempoh dikaji berbanding RM45.06 juta pada suku sebelumnya.
“Ini termasuk penyewaan tanah, bangunan dan peralatan, perbelanjaan insurans dan penurunan nilai hutang berjumlah RM337 juta yang berkaitan dengan sewaan dan simpanan penyelenggaraan yang disebabkan oleh usaha sama melalui perantara pajakan pihak ketiga,” katanya.
Tambah kenyataan itu katanya, AAX kini sedang berunding dengan pemajak dan pemiutang kerana syarikat penerbangan mengalami impak ketara dengan penangguhan operasi penerbangannya.
“Kumpulan tidak dapat memulakan semula operasi yang dijadualkan sehingga ada terdapat kelonggaran sekatan perjalanan dan pembukaan semula sempadan antarabangsa secara beransur-ansur.
“Syarikat telah meminta penangguhan pembayaran dan konsesi dari pembekal, pemiutang dan pemajak serta mengurangkan perbelanjaan modal,” jelasnya.
Katanya, AAX juga telah melaksanakan pengurangan gaji di semua peringkat dan jumlah pekerja telah dikurangkan sebanyak 10 peratus dengan merancang pengurangan selanjutnya terutama dalam pekerjaan yang berkaitan dengan operasi penerbangan.