Dijual dengan harga RM77,900 (tambahan RM1,000 untuk warna premium), mereka yang menempah motosikal itu sebelum 15 Julai 2021 akan menerima beberapa "ganjaran" seperti di bawah:
- Servis minyak pelincir percuma sebanyak dua kali
- Diskaun 35 peratus untuk pembelian aksesori Triumph.
- Pakej aksesori percuma (pilih satu dari tiga) yang terdiri dari aksesori pelindung motosikal atau penambahan gaya. Setiap pakej bernilai lebih dari RM4,000.
Speed Twin 2021 adalah satu model yang perlu dicuba kerana ia adalah sebuah motosikal yang mempunyai rekabentuk retro, tetapi prestasi penunggangan yang sporti.
Bayangkan ia sebagai sebuah model yang duduknya di antara Bonnevile dan Thruxton R.
Untuk peminat jentera Adventure pula, Fast Bikes menawarkan pakej menarik untuk siri Tiger 900.
Dengan harga bermula dari RM74,900, di bawah ialah aksesori yang anda boleh terima secara percuma jika anda membuat tempahan di dalam bulan Jun dan motosikal didaftarkan sebelum hujung bulan Julai 2021.
1. Pad tangki minyak percuma
2. Top box aluminium 52 liter
3. Tapak untuk top box
Careta pernah menunggang uji model Tiger 900 dan videonya ada di bawah.
Untuk informasi lanjut tentang Triumph Malaysia, hubungi mereka di Facebook (Triumph.Motorcycles.Malaysia) atau layari laman web www. triumphmotorcycles.my