Cybertruck akan guna stereng roda belakang

oleh HEZERI SAMSURI|
Trak pikap halimunan (kerana masih tak siap-siap tapi tukul kuat berbunyi), Tesla Cybertruck bakal menggunakan sistem stereng roda belakang.

Informasi itu adalah berdasarkan ciapan CEO syarikat tersebut, Elon Musk. Ia juga membuktikan bahawa trak pikap itu jauh dari siap untuk dibina kerana selain dari fungsi stereng roda belakang itu, Elon juga berkata Cybertruck akan hadir dengan pelbagai fungsi canggih.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Kebolehan stereng dengan roda belakang sebenarnya banyak membantu kenderaan yang mempunyai jarak roda yang panjang untuk membelok.

Ia akan menjadikan kawasan untuk membuat pusingan U lebih kecil. Selain dari itu, ia akan menjadikan kenderaan itu lebih mudah dipandu di kawasan sempit seperti di ruangan parkir. Pada kelajuan tinggi, stereng roda belakang juga terbukti menambahkan kadar stabiliti kenderaan ketika membuat peralihan laluan di lebuhraya.

 

 

Elon juga berkata bentuk Cybertruck tidak akan lari jauh dari konsep yang ada sekarang, bermakna bentuk penyendal pintu itu akan dikekalkan.

Untuk mereka yang mahukan sesuatu yang unik dan "glamourous", Cybertruck ialah jawapan terbaik.

Tesla sepatutnya menghasilkan trak itu di kilang gigafactory baharunya di Austin, Texas mulai tahun hadapan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun angka itu mendahului pasaran, ia diberitakan masih lebih rendah dari apa yang dijangkakan…
Berita Domestik
Beliau berkata, secara tiba-tiba sebuah kenderaan jenis Tesla telah menukar haluan dari lorong…
Berita Global
Kini, pembuat kereta elektrik itu telah memanggil semula beberapa kakitangan yang diberhentikan…