Menurutnya, kejadian berlaku apabila tayar bahagian hadapan Proton Waja pecah semasa kedua-dua mangsa yang berusia 55 dan 40 tahun dalam perjalanan dari Johor Bahru menghala ke Skudai.
“Mangsa pertama memberhentikan kereta di lorong tengah jalan dan menukar tayar dibantu mangsa kedua sebelum sebuah Toyota Hilux dipandu seorang lelaki berusia 49 tahun tidak sempat mengelak lalu merempuh belakang Proton Waja berkenaan.
“Akibat kemalangan itu, mangsa yang berusia 55 tahun cedera di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya cedera parah dan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau turut memberitahu, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau membahayakan.