Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, tujuh daripada sembilan individu yang ditahan itu ditahan mengikut Seksyen 81(3) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kemudian dibebaskan setelah dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sementara itu, dua individu lagi ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987 dan Sekseyn 81 (1) APJ 1987 kerana membawa kenderaan iaitu kereta dan motosikal dengan kelajuan yang tinggi dan berbahaya.
Turut dirampas adalah wang tunai berjumlah RM10,437.50 yang disyaki sebagai wang pertaruhan bagi aktiviti lumba haram berkenaan.
Kesemua individu berkenaan dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut dan tujuh kenderaan termasuk dua motosikal, tiga kereta dan dua pacuan empat roda turut disita.