Antara kemaskini yang dibawakan pada Zoe Riviera Limited Edition termasuklah rim bersaiz 16 inci, layangan warna midnight blue metallic serta jalur badan berwarna putih.
Spesifikasi Zoe Riviera Limited Edition ini adalah berdasarkan trim premium Zoe GT Line, di mana ia mendapat kelengkapan standard seperti lampu LED, penderia parkir belakang, kamera undur, ciri parkir bebas tangan, serta ciri keselamatan seperti bantuan kekal laluan, brek kecemasan automatik, pengehad kelajuan, serta kawalan jelajah.
Ruang kabin pula mendapat kelengkapan pendingin hawa automatik, skrin paparan digital 10 inci, sistem infotainmen 9.3 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto, serta upholsteri gabungan fabrik dan kulit sintetik.
Trenkuasa Zoe terdiri daripada motor elektrik 133 hp, serta pek bateri berkapasiti 52 kWh yang membolehkan pergerakan sejauh 383 km.
Harga jualan Zoe Riviera Limited Edition bermula dari £34,795 (RM204,507), namun dengan geran plug-in dari kerajaan UK bernilai £2,500 (RM14,694), harga jualan sebenar Zoe Riviera ini hanyalah sekitar £32,295 (RM189,813).