Pelumba pasukan Alfa Romeo itu sebelum ini membuat kemunculan di GP Australia bersama pasukan Sauber sebelum berjaya meraih gelaran juara dunia pada tahun 2007.
"Musim ini merupakan musim terakhir saya di Formula 1. Keputusan (untuk mengundurkan diri) bukan mudah, namun selepas musim ini tiba masanya untuk perkara baharu," ujarnya menerusi hantaran di Instagram.
Setakat perlumbaan yang berlangsung pada ketika ini, Kimi Raikkonen mempunyai rekod 21 kemenangan, 103 kedudukan podium, 18 kedudukan pole dan 10 lagi perlumbaan yang perlu dihabiskan untuk memperbaharui rekod sedia ada.
Setakat ini Alfa Romeo masih lagi belum memutuskan siapakah yang bakal menggantikan tempat Kimi Raikkonen, di mana terdapat beberapa nama disebut-sebut termasuklah pelumba Mercedes Valtteri Bottas.
Sumber: F1