"Siasatan awal mendapati lori berkenaan dari Sabak Bernam, Selangor menghala ke Raub dipercayai hilang kawalan di kawasan selekoh di tempat kejadian sebelum terbabas ke kiri jalan dan terjunam ke gaung.
"Kedua mangsa kemudiannya tersepit di bawah lori itu," katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, mana-mana pihak yang menyaksikan kejadian berkenaan diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong Azha Aris berkata, pihaknya bomba menerima panggilan pada 2.40 petang dan sampai ke lokasi kejadian pada 3.00 petang.
"Seramai 13 anggota bomba terbabit dalam operasi mengeluarkan kedua mangsa yang tersepit," katanya.