Jualan kenderaan bulan Ogos meningkat 147% , 17500 unit

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Jumlah keseluruhan industri (TIV) sektor automotif pada Ogos lalu meningkat 147 peratus berbanding Julai daripada 7,086 unit kepada 17,500 unit selepas bilik pameran di kebanyakan negeri termasuk Selangor dan Kuala Lumpur dibenarkan beroperasi bermula 13 Ogos.


Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA), jumlah itu bagaimanapun menurun mendadak sebanyak 67.50 peratus melalui perbandingan tahun ke tahun memandangkan TIV pada Ogos 2020 adalah sebanyak 53,838 unit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Daripada jumlah 17,500 yang dicatatkan pada Ogos lalu, 15,064 unit merupakan kenderaan penumpang manakala 2,436 unit ialah kenderaan komersial.

 

Jumlah jualan sepanjang tahun sehingga Ogos 2021 pula mencatatkan jumlah 273,757 unit, menurut 4.4 peratus berbanding 286,261 yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lalu.

 

Menurut MAA, jualan pada September dijangka lebih tinggi berbanding Ogos. Ini berikutan perniagaan untuk kebanyakan industri termasuk dalam sektor automotif telah dibuka pada tahap-tahap tertentu.

 

“(Ia akan didorong) usaha berterusan oleh syarikat-syarikat pengeluar kereta untuk melonjakkan jualan bagi menjana pendapatan.

 

“(Walau bagaimanapun), kekurangan cip mungkin memberi kesan kepada pengeluar kereta tertentu,” katanya dalam kenyataan semalam.

 

 

– UTUSAN

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, pertumbuhan itu juga didorong oleh insentif bebas cukai, pelancaran baharu seperti…
Informasi
“Ia merupakan TIV bulanan kedua tertinggi serta TIV kali ketiga melebihi 70,000 unit untuk tahun…
Berita Domestik
"Berikutan pengukuhan tempahan tertunggak industri dan seiring dengan semakan menaik syarikat pada…