Antara jenama yang dimaksudkan itu termasuklah Benelli, Keeway dan QJ Motor yang dipasarkan ke seluruh dunia.
Untuk pasaran Malaysia, MForce Bike Holdings Sdn Bhd baru-baru ini telah dilantik sebagai pengedar eksklusif motosikal berjenama QJ Motor.
Dengan kemasukan jenama baharu ini, ia akan memberikan lebih banyak pilihan kepada para peminat motosikal di negara ini, bermula dari motosikal bersesaran 100 cc hingga 1,300 cc.
Menurut pengurus besar MForce Bike, Asri Ahmad berkata, mereka kini sedang giat menjalankan ujian ketahanan terhadap beberapa model QJ Motor sebelum ia mula dijual kepada umum.
Difahamkan, motosikal jenama QJ Motor akan mendarat di pengedar-pengedar sah Mforce bermula suku kedua 2022 (Q2 2022).