Menurut Bambang Soesatyo, Ketua Umum Ikatan Motor Indonesia (IMI), litar drag itu akan menjadi pusat kegiatan sukan permotoran terbaik dan terlengkap di Jawa Timur.
Ia juga akan mengembangkan sektor "automotive sport tourism" untuk wilayah tersebut, secara langsung meningkatkan daya ekonomi tempatan.
Selain dari litar drag, ia juga dilengkapi dengan restoran, ruang jualan barangan automotif, tempat minum VIP di bumbung, hotel bajet dan lain-lain.
Terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, litar tersebut akan merangkumi kawasan seluas 6 hektar dan ia juga dipromosikan sebagai tempat pelancaran produk automotif, litar ujian kenderaan dan lain-lain.
*Laporan lengkap di oto.detik.com