Tiada lesen dan cukai jalan tamat tempoh - dua motosikal 'superbike' kecundang akhirnya!

oleh SALINA JALIL|
Dua penunggang motosikal berkuasa tinggi atau 'superbike' dikenakan notis saman kerana tidak mempunyai lesen dan menggunakan cukai jalan tamat tempoh sejak tiga tahun lalu pada Jumaat.


Difahamkan kedua-dua lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu dalam perjalanan untuk menjamu selera ketika ditahan dalam Ops Sepadu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Plaza Tol Jalan Duta menghala Kuala Lumpur di sini sekitar jam 10.30 malam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, operasi tersebut memberi penekanan kepada penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) susulan kebenaran rentas negeri bermula 8 Oktober lepas.


"Selaras dengan kebenaran kerajaan untuk merentas negeri, JPJ berada di Plaza Tol Jalan Duta ini untuk memantau kenderaan yang bergerak pulang ke kampung untuk menguatkuasakan SOP PPN dan memeriksa status vaksinasi mereka.

 

"JPJ Kuala Lumpur pada malam ini turut memberi fokus kepada pematuhan undang-undang terhadap pelbagai jenis kenderaan termasuk kenderaan komersil, persendirian dan motosikal," katanya pada sidang akhbar Ops Sepadu di sini pada Jumaat.

 

"Antara kesalahan yang dikesan adalah berkaitan Lesen Kenderaan Memandu (LKM) cukai jalan dan Insurans 158, lesen memandu (66), kesalahan teknikal (9), cermin gelap (66), cermin sisi (5), lampu HID (7), kesalahan berkaitan nombor pendaftaran (73).

 

"Secara keseluruhannya sebanyak 318 notis telah dikeluarkan oleh pihak JPJ dalam operasi berkenaan," jelasnya.

 

Tambahnya, turut hadir dalam operasi tersebut adalah anggota dari Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Puspakom dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

 

 

 

SinarHarian
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Dalam operasi pada sebelah pagi semalam (Selasa) sahaja, kita berjaya menahan 23 warga asing…
Berita Domestik
Menurutnya, rata-rata mereka tinggal di sekitar Balok dalam tempoh empat bulan hingga 18 tahun dan…
Berita Global
Pada jam 1 pagi (waktu tempatan), polis menerima panggilan mengenai kenderaan yang memandu secara…