Tesla - Gangguan pelayan aplikasi, pemilik gagal berhubung dengan kereta telah selesai

oleh SALINA JALIL|
Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk, semalam memaklumkan masalah aplikasi yang menghalang sebahagian pemandu di seluruh dunia daripada menggunakan kereta mereka sedang dipulihkan selepas isu pelayan (server) diselesaikan.


Langkah itu susulan ada pemandu Tesla memuat naik hantaran di media sosial memaklumkan tidak dapat menghidupkan kereta mereka dengan aplikasi telefon.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ada yang terpaksa menggunakan kad kunci jika bernasib baik untuk membawa kereta bersama.

 

Musk turut membalas terus kepada pemandu Korea Selatan yang melaporkan menerima mesej mengenai ralat pelayan ketika cuba menghubungkannya dengan Tesla Model 3 miliknya melalui aplikasi pada iPhone miliknya.

 

"Maaf, kami akan mengambil langkah sepatutnya untuk memastikan perkara ini tidak berulang," ciap Musk.

Bagaimanapun, ramai pemandu sudah memuat naik keluhan berhubung masalah itu di laman sosial mereka.

 

"Saya terperangkap sejam dari rumah kerana kebiasaannya menggunakan telefon saya untuk menghidupkan kereta," tulis salah seorang pemandu Tesla di Twitter.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, secara tiba-tiba sebuah kenderaan jenis Tesla telah menukar haluan dari lorong…
Berita Global
Kini, pembuat kereta elektrik itu telah memanggil semula beberapa kakitangan yang diberhentikan…
Berita Global
Menurut laporan Electrek, pekerja di pembuat kereta itu menerima e-mel pada hujung minggu sebagai…