Polis Australia guna BMW M3 Competition sebagai kereta peronda

oleh Mohamad Hanif|
Pasukan Victoria Police Highway Patrol dilaporkan menambah sebuah BMW M3 Competition untuk digunakan dalam ujian penilaian sebelum diserap masuk sepenuhnya sebagai unit kereta peronda.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jentera M3 Competition tersebut ditampilkan dengan warna asas putih sebelum ditampalkan liveri grafik Highway Patrol berwarna kuning dan biru, serta pemasangan lampu strobe wajib.

Mengikut spesifikasi, BMW M3 Competition hadir dengan enjin enam silinder sebaris 3.0 liter turbo berkembar, dan berupaya menghasilkan 503 hp dan 650 Nm secara standard.
 

Police


Pecutan 0-100 km/j hanyalah sepantas 3.8 saat, sudah cukup pantas untuk digunakan dalam adegan kejar mengejar.

Sebelum ini, pihak berkuasa di Australia turut menggunakan beberapa unit jentera pantas ketika membuat rondaan di lebuh raya, seperti BMW M5 Competition pada tahun 2019, Mercedes-AMG E 43 serta sebuah SUV elektrik Tesla Model X.

 


Siapa masih ingat kelibat jentera M3 dengan liveri PDRM ni?

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada penggunaan kereta-kereta pantas eksotik sebagai kereta pengiring dan kereta kei…
Berita Global
Selain daripada barisan kereta sports dan supercar, ada juga pihak yang mula menggunakan kereta…
Berita Global
Seperti contoh, penghantaran organ penting untuk tujuan perubatan. Selain daripada Itali, sebuah…