Bagaimana prosedur kelulusan jenis kenderaan (VTA) BMW iX dibuat?

oleh Mohamad Hanif|
Bertempat di Putrajaya baru-baru ini, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara eksklusif memperlihatkan secara terperinci proses kelulusan jenis kenderaan (VTA) dan homologasi kenderaan penumpang (kelas M1) menggunakan SUV BMW iX xDrive40i.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam program tersebut, para pengamal media diberikan pendedahan berhubung prosedur pemeriksaan dan penilaian yang digunakan oleh JPJ dalam memastikan sesebuah kenderaan itu mematuhi Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Peraturan Pengangkutan Jalan di Malaysia, sebelum pendaftaran kenderaan tersebut dibenarkan.
 

BMW iX


Menurut Dato' Zainani Hj Hashim, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan berkata, "sebagai badan berkuasa yang bertanggungjawab terhadap penilaian, ujian dan kelulusan, prosedur VTA adalah diwajibkan bagi semua kenderaan sebelum ia dibenarkan dipandu di atas jalan raya Malaysia.

Dalam pada itu, Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, "kami berbesar hati kerana JPJ mempertimbangkan kami (BMW Malaysia) untuk menjadi rakan kongsi untuk pendemonstrasian proses VTA dan homologasi kenderaan di Malaysia.
 

JPJ


Menurut JPJ, proses kelulusan VTA mengambil masa kira-kira 20 hari waktu bekerja yang merangkumi proses verifikasi dokumen, pemeriksaan fizikal serta pengujian bagi memastikan ia layak digunakan atas jalan raya.

Sehingga kini, terdapat 114 peraturan UNR yang telah berkuatkuasa di Malaysia, termasuklah peraturan melibatkan keselamatan umum, keselamatan aktif, keselamatan pasif, serta undang-undang berkaitan alam sekitar.
 

IX


Pihak JPJ juga turut membuat demonstrasi ringkas berkenaan prosedur kelulusan jenis kenderaan dibuat menggunakan model BMW iX 2022, serta mempamerkan peranti-peranti yang digunakan dalam menjalankan prosedur tersebut.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, tindakan tiga lelaki berusia antara 52 hingga 54 tahun itu terbongkar melalui…
Berita Domestik
Menurutnya, rata-rata mereka tinggal di sekitar Balok dalam tempoh empat bulan hingga 18 tahun dan…
Berita Domestik
Pemandu bas berusia 51 tahun itu dalam aduannya mendakwa dia diarahkan memberhentikan basnya di…