"Rasional pengambilalihan itu adalah untuk mewujudkan integrasi perniagaan dengan Strong Rich bagi meningkatkan hasil SMTrack," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam.
SMTrack berkata, pengambilalihan itu akan dibiayai melalui hasil yang dikumpul daripada terbitan nota boleh tukar boleh tebus dan tawaran saham persendirian.
Pengambilalihan itu tidak akan memberi sebarang kesan ketara ke atas pendapatan, aset bersih dan kadar hutang SMTrack bagi tahun kewangan semasa yang berakhir pada 31 Disember 2021, namun dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatannya pada masa depan, kata syarikat tersebut.