Namun, menurut laporan terkini daripada Auto Motor und Sport, BMW tidak merancang untuk mengambil langkah yang serupa.
Pengarah Pembangunan BMW Frank Weber menjelaskan, syarikat Jerman itu kini sedang berusaha membangunkan generasi baharu enjin pembakaran dalaman yang merangkumi enjin petrol dan diesel, konfigurasi enjin enam dan lapan silinder, serta kadar penjimatan bahan api yang jauh lebih baik.
Ini kerana menurut beliau, tidak banyak negara yang bersedia untuk mencapai elektrifikasi penuh menjelang 2030, jadi peranan enjin pembakaran dalaman masih lagi diperlukan di negara-negara tersebut.
Dalam pada itu, barisan enjin sedia ada akan terus dipertingkatkan bagi mencapai regulasi pelepasan emisi yang semakin ketat.
Sumber: Auto Motor und Sport