Katanya, kerajaan sebelum ini menetapkan sasaran hampir 5,000 stesen pengecas EV di bina menerusi Dasar Automatif Nasional 2020 namun ia masih dalam peringkat pembangunan.
"Kita percaya ekosistem pembangunan EV pada satu ketika nanti memiliki kemudahan pengecasan di mana-mana dalam negara.
"Jadi apa yang ingin kita lakukan ialah memastikan bahawa stesen pengecas EV ini dibangunkan dengan lebih murah berbanding harga stesen pengecas EV di luar negara.
"Dengan adanya teknologi pembangunan dan pembuatan tempatan, kita percaya selain dapat membangunkan teknologi EV, kita juga boleh menyediakan bakat dalam proses awal hingga akhir bermula daripada reka bentuk sehingga ke pengkomersilan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Bersama antara anak Syarikat MW EV Sdn Bhd iaitu MV Group Sdn Bhd dan Syarikat EZ-Charge pada Jumaat.