Dalam hantaran terbaharu di laman FB, Suzuki Malaysia telah membuka tempahan bagi model Raider R150 Fi ini dengan harga jualan dianggarkan bermula dari RM8,xxx.00.
Mengikut spesifikasi, Raider R150 Fi ini dikuasakan oleh nadi silinder tunggal empat lejang 147.3 cc yang mampu menghasilkan 18.2 hp @ 10,000 rpm, daya kilas 13.8 Nm @ 8,500 rpm, dipadankan dengan transmisi enam kelajuan.
Dengan bantuan sistem pancitan bahan api dan kapasiti tangki sebesar empat liter, Raider R150 Fi ini mampu mencapai penggunaan bahan api sekitar 50 km/liter (atau 2 liter untuk setiap 100 km).
Lebih banyak info bakal diketahui menjelang pelancaran rasmi tiga model 150 cc kelak.