Syarikat operator teksi terbesar di Sweden, Cabonline akan menerima beberapa unit Volvo XC40 Recharge yang telah dilengkapi dengan unit pengecasan nirwayar untuk digunakan pada pad pengecasan jalanan yang dibangunkan oleh Momentum Dynamics.
Pemandu teksi XC40 Recharge hanya perlu meletakkan kenderaan di tempat parkir yang disediakan (dibantu dengan kamera 360), dan pengecasan pantas 40 kW selama 30 minit mampu menambah jarak sebanyak 100 km.
Penggunaan XC40 Recharge sebagai teksi amatlah ideal kerana secara umumnya teksi lebih banyak bergerak berbanding kereta biasa untuk tempoh sehari.
Menurut Mats Moberg selaku ketua unit Penyelidikan dan Pembangunan Volvo Cars berkata, "ujian teknologi pengecasan baharu bersama rakan terpilih merupakan salah satu cara untuk menilai opsyen pengecasan alternatif yang sesuai untuk model kenderaan elektrik pada masa akan datang.