Menurut info daripada rakan media Paultan, terdapat beberapa pengedar yang sudah pun mula mengiklankan kehadiran kereta sports tersebut meskipun tiada sebarang butiran lanjut yang boleh didapati menerusi laman web rasmi Subaru Malaysia.
Subaru BRZ 2022 bakal hadir dalam dua pilihan transmisi, iaitu transmisi manual enam-kelajuan dengan harga jualan bermula dari RM229,245, sementara versi automatik enam kelajuan lebih mahal, dari RM239,245 (harga atas jalan tanpa insurans).
Dari segi kuasa, Subaru BRZ didatangkan dengan nadi boxer 2.4 liter aspirasi natural yang mampu menjana 234 hp @ 7,000 rpm, dan daya kilas 250 Nm @ 3,700 rpm, serta dipadankan dengan LSD Torsen.
Pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 6.8 saat untuk versi AT, manakala versi tukar gear sendiri pula sedikit pantas, sekitar 6.3 saat.
Difahamkan, kedua-dua varian bakal didatangkan dengan kelengkapan yang serupa, seperti lampu LED, rim aluminium 18 inci, skrin infotainmen lapan inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, skrin kluster tujuh inci, serta upholsteri kulit dan Ultrasuede.
Aspek keselamatan pula didatangkan standard dengan tujuh beg udara, kawalan kestabilan kenderaan, ABS, EBD, bantuan mula mendaki, Subaru Rear Vehicle Detection (gandingan pemantauan titik buta dan amaran lintasan trafik belakang), sementara versi AT pula didatangkan dengan ciri keselamatan tambahan EyeSight.
Baca: Subaru BRZ 2022