Secara standard, KTM Duke 250 dikuasakan oleh enjin silinder tunggal DOHC 249 cc yang mampu menghasilkan 30 hp @ 9,000 rpm dan daya kilas 24 Nm yang dipadankan dengan transmisi enam kelajuan.
Ia turut didatangkan dengan sistem pengurusan enjin Bosch EMS, kawalan cengkaman MTC serta sistem ABS dua saluran Bosch 9.1 MB.
Aspek tunggangan dibantu dengan sistem suspensi depan WP Apex 43 jenis USD serta sistem penyerap hentak tunggal WP Apex di bahagian belakang yang lengkap dengan tetapan pra-muatan.
Sistem brek pula terdiri daripada angkup empat omboh yang mencengkam rotor depan bersaiz 300 mm diikuti angkup omboh tunggal jenis terapung dengan rotor 230 mm di bahagian belakang.
Ketinggian pelana pula adalah sekitar 830 mm sementara berat pula adalah sekitar 146 kg dengan kapasiti tangki bahan api sebesar 13.4 liter.
Harga jualan KTM Duke 250 2022 bermula dari RM21,500.