Antara penambahbaikan yang dibuat termasuklah menyediakan kemudahan tempahan khas dengan studio penyesuaian di mana pembeli boleh meneliti palet warna lengkap, kemasan dan upholsteri, serta alat konfigurasi terperinci untuk kenderaan yang ditempah khas yang akan dipaparkan menerusi skrin bersaiz 75 inci.
Selain daripada itu, JLRM turut menampilkan dua buah pembantu robot yang disediakan oleh Secure Robotics yang menjanjikan pengalaman serba baharu buat para pelanggan, dilengkapi dengan sambungan internet, penderia radar berasaskan laser, GPS keupayaan pengecaman suara, muka dan juga imej.
JLRM juga kini sedang membangunkan program pengurusan bagi pesanan digital hidangan ringan, di mana pelanggan boleh menyemak menu dan membuat pesanan menerusi platform digital di ruang menjamu selera.
Jeffrey Gan, Pengarah Urusan, Runcit & Pengedaran, Sime Darby Motors Malaysia, berkata, “Sebagai langkah transformasi digital Jaguar Land Rover Malaysia, usaha memperkenalkan robot ini merupakan langkah seterusnya untuk menaik taraf pengalaman pelanggan. Tambahan lagi, robot ini juga menyediakan ciri-ciri interaksi pelanggan dengan risiko yang lebih rendah selaras dengan peralihan Malaysia ke fasa endemik.
Sementara itu, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz selaku Pengarah Urusan Jaguar Land Rover Malaysia, mengulas, "Kerjasama dengan Secure Robotics ini memberi peluang untuk memanfaatkan teknologi canggih. Kami akan menggunakan robot-robot tersebut buat julung kali di bilik pameran kami di Ara Damansara dan kami akan meneruskan usaha sama kami untuk meluaskan keupayaan kami dan menambah baik pengalaman automotif bagi pelanggan kami.”