Undang-undang itu mula berkuat-kuasa 7 Julai lalu tetapi ia akan mula dipraktikan menjelang Juali 2024 di mana semua kenderaan baharu yang dijual di Eropah akan dipasang terus dengan peranti tersebut.
Peranti ISA mampu mengesan tanda had kelajuan yang berada di jalanraya melalui sistem kamera di hadapan kenderaan, data GPS atau kedua-duanya sekali. Ia kemudian akan memberi amaran kepada pemandu akan had kelajuan di kawasan itu, atau mengubah kelajuan kenderaan jika ia di dalam mod "cruise control" atau mengurangkan kuasa enjin untuk memperlahankan kenderaan.
Kebanyakan kenderaan sebenarnya sudah mempunyai sebahagian dari sistem ini melalui sistem navigasi, di mana data GPS digunakan untuk memberi amaran halaju maksimum di jalanraya yang sedang dilalui.
EU yakin ISA akan mengurangkan jumlah kemalangan maut antara 26 hingga 50 peratus.