“Penutupan ini bagi memberi laluan kepada penganjuran Selangor Bypass Half Marathon 2022. Sila gunakan laluan alternatif dan orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan anda,” katanya di Facebook.
Selangor Bypass Half Marathon 2022 adalah acara larian anjuran Pejabat EXCO Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Negeri Selangor.
Pertandingan itu bermula seawal jam 3 pagi membabitkan kategori 21 kilometer dan 12 kilometer.